Ayu Sayuti Ayu Sayuti

Friday, January 12, 2018

MILIKI KULIT YANG SIHAT DAN FLAWLESS DENGAN 5 STEPS CARA SHAKLEE

Assalamualaikum semua..
Haii.. 💖

Kali ni Ayu nak share dengan anda semua antara supplement yang anda boleh amalkan untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi. Sebenarnya ada banyak supplement untuk kulit cantik tetapi yang terbaik, effective dan berkesan untuk kecantikan ialah:

💜 Vitamin E
💜 Sustaines Release Vita C Plus
💜 ESP
💜 Vivix
💜 CoQ-Trol Plus
💜 Collagen Powder

Untuk mendapatkan kulit yang CANTIK, MULUS dan GEBU ada 5 cara yang Shaklee sediakan untuk kita amalkan.
Selain untuk kulit cantik, mulus dan gebu, 5 cara ini juga dapat menampakkan wajah kita lebih muda dari usia sebenar. Ini disebabkan oleh 5 cara ini bertindak dari dalam (sel-sel badan) dan bukan hanya lapisan dermis (bahagian luar kulit)

So, here we go!

Step 1 ~ Melambatkan Proses Penuaan dengan VIVIX



Vivix merupakan ekstrak daripada:

  • Polyganum Aspitadatum (anti aging)
  • Anggur muscadine (mempunya lebih cromosom untuk bertindak lebih baik)
  • Lobak ungu (kaya dengan polifenol)
  • Elderberry
Antara khasiat Vivix:
  • 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol biasa (sejenis polifenol) iaitu anti aging terbaik. Saintis Shaklee ada membuat perbandingan antara Vivix dengan resveratrol lain dan terbukti Vivix 10 kali lebih berkuasa.
  • Bagus untuk memperbaiki DNA. DNA yang sihat akan menghasilkan sel yang sihat. Bila sel kita sihat, it will reflect kepada luaran kita iaitu kulit lebih bermaya dan berseri.
  • Pertahanan sel, mempertahankan sel daripada terkena serangan penyakit
  • Meningkatkan prestasi sel. Bila sel sihat, organ jadi sihat. Maka penyakit dapat dijauhi. InsyaAllah 😊
Note:
- DNA boleh musnah melalui radikal bebas dan penuaan. Radikal bebas boleh diperolehi akibat daripada kesan pencemaran, pemakanan tidak sihat, rokok dan stress.

- DNA yang rosak boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit kronik.

- Vivix membantu mengurangkan risiko penyakit dan radang sel melalui pembaikan sel.

- Vivix memberi kesan ke atas MITOCHONDRIA (membanyakkan). Kekurangan MITOCHONDRIA boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

- Vivix membantu melambatkan penghasilan AGE PROTEIN. Age Protein terbentuk dari gabungan protein dan gula yang boleh menyebabkan sel-sel mati. Ianya boleh mengakibatkan penyakit diabetes.

Step 2 ~ Membaiki Peredaran Darah dan Perlindungan Sinar UV dengan CoQ-Trol Plus



CoQ-Trol Plus terdiri daripada Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol.

Click here for more info.

Bila kita ambil Vivix, ianya membantu membanyakkan mitochondria dalam tubuh dan pengambilan CoQ-Trol Plus membantu membanyakkan CoQ 10 dalam mitochondria.

Khasiat CoQ 10:


  • Paling bagus untuk memperbaiki peredaran darah
  • Tingkatkan penghasilan tenaga dalam sel
  • Perlindungan dari sinaran UV
Kadar CoQ 10 paling tinggi adalah semasa umur 20 tahun, sebab tu badan kita lebih bertenaga berbanding kita yang sudah berumur 30 tahun dan ke atas. Jadi, dengan pengambilan COQ10 boleh meingkatkan semula tenaga.

Peredaran darah yang sihat menjadikan kulit kita lebih cantik kerana oksigen dan nutrien dibawa dengan sempurna ke seluruh sel kulit.

Peredaran darah yang lemah pula menjadikan kulit kita menjadi kusam, kasar dan pigmentasi (jeragat) mula timbul.

Hasil penggunaan CoQ10 secara konsisten:

- Kulit lebih cerah, gebu dan sekata
- Kulit jadi lebih tegang dan awet muda
- Tona kulit lebih sekata dan kurang tompok pigmentasi

** Penghasilan sel yang sihat amat penting untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik. Jadi, CoQ10 mempunyai kuasa meningkatkan tenaga sel berbanding produk Shaklee yang lain.

Step 3 ~ Penghasilan Kolagen dengan Shaklee Collagen Powder



Kolagen membantu memberi kelembapan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Collagen Powder Shaklee terhasil daripada sisik ikan merah yang kuat tekanan dan daya tahan ddan mampu hidup 5 meter jauh ke dasar laut.

** Manusia boleh menyelam sehingga 4 meter sahaja. Lebih dari itu, tubuh manusia tidak dapat menampung tekanan yang terlalu tinggi dan boleh mengakibatkan arteri darah pecah. Tapi ikan merah boleh hidup sehingga 5 meter dan ke bawah di mana ia tahan kepada tekanan lebih tinggi daripada manusia.

Keistimewaan Collagen daripada Shaklee:


  • Saiz molekul 1000 dalton membuatkan ianya lebih mudah diserap badan. Kolagen biasa bersaiz 3000 dalton
  • Saiz paling optimum untuk penyerapan kolagen ialah 1000 dalton. Kurang daripada itu membuatkan ianya sukar untuk diserap atau cepat musnah.
  • Memelihara keanjalan kulit iaitu hasil daripada ramuan kolagen - sisik ikan, kerangan laut, bakteria baik
  • Membantu penghidratan hasil dari ramuan - ekstrak biji camelia dan ekstrak pfaffia. Turut mengandungi isoflavones yang sangat baik untuk kesihatan (menurunkan kadar kolestrol)
  • Anti-oksida yang tinggi hasil dari ramuan - Vit C, Vit B2 dan B6 dari jagung
  • Mengandungi probiotik lactobacilus acidophilus untuk meningkatkan penyerapan Shaklee Collagen Powder dalam usus kecil.
** Sumber glucosamine untuk penghasilan synovial fluid bagus untuk mereka yang kerap sakit sendi kerana membantu menambah kolagen pada sendi.

Step 4 ~ Perlindungan Antioksidan dengan Vitamin E dan Sustained Release Vita C Plus


Vitamin C Shaklee adalah ekstrak daripada jagung.
Keistimewaan Vitamin C Shaklee:

  • Ditambah dengan BIOFLAVONOIDS untuk membantu penyerapan Vitamin C serta membantu mencegah Vitamin C dari teroksida
  • Pembebasan secara perlahan-lahan setiap 5 jam mengikut keperluan tubuh.
Kuasa Vitamin C:
  • Antioksida yang tinggi
  • Membantu dalam penghasilan kolagen
  • Meningkatkan sistem imun badan - Darah putih memerlukan Vitamin C untuk dihasilkan.
  • Kulit lebih CERAH, TEGANG dan juga GEBU
Note: Merokok memusnahkan Vitamin C dalam badan

Kuasa Vitamin E:

  • Antioksidan yang kuat
  • Melindungi kulit daripada sinar UV
** Untuk mereka yang kerap terdedah dengan cahaya matahari boleh ambil sebiji vitamin C dan sebiji vitamin E di awal pagi ya!

** Vitamin E lebih baik diambil seleas makan kerana Vitamin E tergolong dalam vitamin larut lemak (A,D,E,K). Vitamin E juga boleh diambil 2 kali sehari

Step 5 ~ Berikan Khasiat untuk Kulit dengan ESP


💙 Sumber soya Non GMO iaitu semulajadi dan tidak diubah secara genetik

💙 Shaklee memantau soya daripada tempoh awal sehingga matang dan memilih hanya soya yang terbaik.

Bagi yang kurang faham apa BEZA antara soya NON GMO dengan soya GMO:

Soya Shaklee ditanam secara semulajadi tanpa proses GMO (Genetically Modified Organism) yang mengubah sel-sel semulajadinya sehingga merosakkan kesihatan manusia dengan pengambilan yang telah disyorkan oleh pakar.

Maksudnya, Shaklee tanam dan biakkan soya secara semulajadi tanpa sebarang bahan kimia yang digunakan secara langsug atau tidak langsung. Jadi di sini tiada isu bahaya kepada kesihatan, baik dari sudut agama atau sudut teknologi pertanian dan pemakanan.

Jelas?

Okay, macam ni lah... Soya, tumbuhan dan haiwan pada masa sekrang ni seiring dengan teknologi yang semakin maju dan pertambahan penduduk dunia juga semakin ramai. Ini menyebabkan kebanyakan penternak dan petani menggunakan cara suntikan pengubah genetik atau dalam bahasa teknologi dikenali sebagai Genetically Modified Organism (GMO).

Ini bertujuan untuk menghasilkan tanaman atau mempercepatkan proses tumbesaran haiwan atau tumbuhan supaya cepat diproses sebagai makanan atau minuman kepada pengguna di seluruh dunia.

Jadi, Ayu tekankan sekali lagi di sini, ESP Shaklee adalah SEMULAJADI @ NATURAL ye. InsyaAllah ia antara supplement yang terbaik untuk tubuh kita.

💜 ESP juga memiliki 9 asid amino yang lengkap 💜
(Badan manusia boleh menghasilkan 11 jenis asid amino tetapi tidak boleh menghasilkan 9 jenis asid amino. kesembilan asid amino tersebut ada di dalam ESP 😍)

** Protein ialah blok asas penghasilan sel badan (kebaikan utama ESP). Sekiranya badan cukup sumber protein - kulit akan cantik, kuku & rambut cantik, otot juga lebih sihat.

** Protein juga merangsang penghasilan kolagen dalam badan. Since ESP nih memang high in protein, jadi yang ambil secara consistent InsyaAllah kulit memang akan jadi lebih halus mulus, gebu, cerah berseri dan tegang.

Untuk order secara ONLINE, boleh klik link di bawah:


Atau boleh WhatsApp Ayu terus di 019-2112805 

🎕 Thanks for Reading 🎕






SIJIL HALAL SHAKLEE 2018

Assalamualaikum,
Hello semua... 🙂


Alhamdulillah umat Islam hari ini memang bagus, alert dan sensitif dengan kepentingan mendapatkan makanan yang halal menurut syara' yang disahkan melalui sijil halal oleh Jabatan Agama. 
Kepada semua pengguna dan bakal pengguna Shaklee terutamanya yang beragama Islam. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya tentang status halal produk-produk Shaklee.Untuk makluman, kesemua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat kelulusan halal daripada negara pengeluarnya iaitu Islamic Services of America (ISA) yang terletak di Iowa, USA. Pihak JAKIM mengiktiraf produk-produk yang telah disahkan halal oleh pihak ISA.

Sijil Halal Shaklee 2018






Semakan boleh dibuat di laman web JAKIM untuk memastikan kesahihan dan ketulenan pengiktirafan halal daripada ISA ini.



www.halal.gov.com

Eh, kenapa JAKIM sendiri tak keluarkan sijil halal untuk Shaklee?Sebab produk Shaklee dibuat dan dikeluarkan oleh kilang di USA. Maka selayaknyalah badan Islam di sana yang membuat pemeriksaan berkala dari segi kebersihan, status sembelihan dan status halal setiap bahab mentah yang digunakan oleh untuk menghasilkan produk Shaklee.
Proses pengeluaran sijil halal bukan semudah menyemak bahan mentah yang digunakan. Ia melibatkan pemeriksaan hasil sembelihan, status haiwan yang disembelih dan badan halal perlu membuat membuat pemeriksaan mengejut (ad-hoc spot check/ambush) ke atas kilang-kilang dan pusat sembelihan untuk memastikan prosedur halal dipatuhi setiap masa.


Dan untuk makluman, kuasa autoriti JAKIM juga hanya terhad di dalam Malaysia. Sebab itu JAKIM mempunyai rakan badan halal berautoriti lain di negara luar dari Malaysia. Itu lah sebab mengapa sijil halal Shaklee bukan dari JAKIM.

Thanks for Reading 😍🎕

Yours truely
Ayu Shaklee
019-2112805



Thursday, January 11, 2018

CoQ-Trol Plus: CoQ10 BERWAJAH BARU DARI SHAKLEE

Assalamualaikum,
Haii semua...

Bermula 1 January 2018, Shaklee Malaysia telah membawa masuk satu produk baru bagi menggantikan CoQ Health yang telah dihentikan jualannya di negara kita sekitar 3 tahun lalu. Produk baru ini dikenali sebagai CoQ-Trol Plus.

Produk CoQ-Trol Plus ini adalah antara supplement yang terbaik untuk kesihatan jantung dan sememangnya ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengguna setia supplement Shaklee.

CoQ-Trol Plus merupakan campuran prorietari 100mg Coenzyme Q10 Resveratrol dan Tokoferol yang memberikan hasil dan manfaat CoQ10 yang lebih baik.



Coq10 untuk Kesihatan Jantung

Jantung kita mengepam kira-kira 2000 gelen darah seluruh badan setiap hari. Sebagai otot yang paling kuat bekerja di dalam badan kita dan juga sebagai pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung kita memerlukan sejumlah tenaga untuk berfungsi dengan efficient.


Tenaga yang diperlukan oleh jantung disediakan dengan bantuan nutrien yang dikenali sebagai Coenzyme Q10 (CoQ10) yang juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita dan CoQ10 juga terdapat dalam semua sel dalam badan kita.


Pengambilan makanan tertentu dapat membantu mengekalkan tahap CoQ10 dalam sel badan kita. Akan tetapi, jumlah CoQ10 yang kita dapat daripada makanan basanya kurang daripada 10mg sehari. Faktor-faktor seperti pemakanan yang tidak sihat dan pendedahan kepada radikal bebas setiap hari menjadikan kita memerlukan nutrien ini lebih dengan pengambilan makanan tambahan untuk memastikan paras CoQ10 dalam sel kita adalah mencukupi.


Jantung kita berdenyut sekitar 100,000 kali sehari.


Penggunaan ubat-ubatan tertentu boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah. Contohnya Statin. Statin adalah ubat untuk kolestrol. Statin bukan sahaja menurunkan paras LDL (kolestrol jahat), tetapi Statin turut mempunyai kesan sampingan iaitu menghalang tubuh kita daripada mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi.


Tahap CoQ10 dalam darah boleh menurun sehingga 50%. 

Kenapa penting CoQ10 ni?

CoQ10 ada di dalam sel badan secara semulajadi dan sangat penting untuk pengeluaran tenaga, terutamanya hati. Tanpa CoQ10 yang mencukupi, pengeluaran tenaga dalam sel akan menurun dan akan menyebabkan fungsi jantung turut terjejas.


Selain itu, CoQ10 membantu melindungi daripada kolestrol jahat (LDL). Ini desebabkan CoQ10 mempunyai aktiviti anti-oksida yang kuat dan dapat membantu melindungi arteri kita daripada kerosakan akibat LDL yang teroksida. Kolestrol LDL yang teroksidasi boleh merosakkan salur darah dan boleh mencetuskan perkembangan plak arteri. Pembentukan plak arteri akan membawa kepada penyempitan arteri dan akhirnya menghalang aliran darah ke jantung dan otak, menyebabkan serangan jantung atau strok.


Jadi secara ringkasnya, CoQ10 sangat penting untuk:



  • Tenaga kepada sel, supaya jantung dapat berfungsi dengan baik
  • Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin
  • Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10
  • Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL
Apa Kata Pakar? 

- Dr Stephen, Pakar Jantung -


menurut Dr Stephen, beliau telah memberi supplement CoQ10 kepada pesakit jantung pada tahun 1986 dn beliau sangat teruja dengan hasil dan peningkatan kesihatan pesakit beliau.




- Dr Jamie McManus -


Dr Jamie pula mencadangkan CoQ-trol untuk kesihatan jantung. Selain CoQ-Trol, boleh ambil Omega Guard dan Phytocol-ST sebagai tambahan untuk supplement lengkap bagi kesihatan jantung.




Apa yang membuatkan Shaklee CoQ-Trol Plus lain daripada CoQ10 lain di pasaran?


CoQ-Trol Plus mengandungi campuran unik CoQ10 dan resveratrol yang berfungsi untuk membantu menghasilkan tenaga dan menguatkan jantung anda. Resveratrol juga membantu melambatkan penuaan.


CoQ-Trol Plus mengandungi minyak zaitun sebagai sebahagian daripada sistem penyerapan semulajadi daripada Shaklee.


Bagaimana CoQ10 Membantu untuk Mencantikkan Kulit?


Selain untuk kesihatan jantung, CoQ10 juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan kulit kita lebih cantik dan awet muda. Apabila umur kita semakin meningkat, paras CoQ10 dalam sel kita juga semakin berkurangan. Kebanyakan wanita yang berumur 30 tahun keatas juga mempunyai paras CoQ10 yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.


Kekurangan CoQ10 akan membawa kepada kurangnya penghasilan kolagen dan elastin pada kulit. Kolagen sangat penting kerana ianya membuatkan kulit kita menjadi lebih tegang dan anjal. Manakala elastin menjadikan kulit kita lebih fleksibel. Kekurangan kolagen dan elastin akan menyebabkan kulit kita mula berkedut dan menjadi kendur.


CoQ10 juga membantu mencantikkan kulit dengan bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Ia membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel badan kita seterusnya akan menyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat. Bila sel kita dilindungi, maka sel tersebut tidak mudah dirosakkan oleh radikal bebas.


Harga juga jauh lebih jimat dan berbaloi daripada supplement CoQ10 lain di pasaran.


Untuk pembelian CoQ-Trol Plus, sila klik link di bawah:


CoQ-Trol Plus


Atau boleh hubungi ayu di no 019-2112805

Thanks for Reading!

Ayu Shaklee 


Wednesday, January 10, 2018

KENAPA EPA DAN DHA PENTING UNTUK ANAK ANDA?

Assalamualaikum semua...
Haiii..

Untuk entry kali ni, Ayu nak share sikit pendedahan dan pencerahan kepada ibu, mama, mommy, ummi, ayah, baba, abi semua tentang betapa pentingnya untuk make sure anak kita mendapat EPA dan DHA secukupnya.

Selalu kan kita dengar mengenai DHA dan EPA ni. Tapi, tahukah kita apa DHA dan EPA tu sebenarnya?
Haa.. jom kita gali sama-sama.

DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenali sebagai Omega-3. Manakala AA (Asid Arakhidonat) pula dikenali sebagai Omega-6. Baik DHA, EPA mahupun AA, kesemuanya sangat diperlukan oleh bayi dalam perkembangan otak (minda) dan pertumbuhan semasa "golden period" bayi seawal dari dalam kandungan ibu.

Pada saat baru dilahirkan,  masa otak bayi hanya 25% dari otak orang dewasa sedangkan pada saar berumur 2 tahun, masa otaknya mencapai 75% dari otak orang dewasa. jangkamasa 0-2 tahun ini kita kenali dengan "golden period",  iaitu masa emas pertumbuhan otak anak.

✪ Mengapa DHA, EPA dan AA Sangat Penting Bagi Bayi?

DHA, EPA dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan selaput saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukkan kombinasi DHA, EPA dan AA dapat menigkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi.

Penelitian tersebut menyatakan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".


Dengan kata lain, berdasarkan penelitian di atas, bayi yang menerima supplement DHA dan AA berkemungkinan besar lebih cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak menerima supplement DHA dan AA.


Kesan Pengambilan EPA dan DHA Kepada Bayi Dalam Kandungan.


Wanita hamil perlu mengambil 1500mg DHA dan 800mg EPA sehari untuk menampung keperluan dirinya dan bayi dalam kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak - keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu dan keupayaan retina - mengoptimakan penglihatan bagi proses befikir dan melihat.


Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita hamil yang mengambil sehingga 1100mg DHA dan 800mg EPA setiap hari dengan wanita hamil yang cuma mengambil 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil 100mg DHA. Kanak-kanak yang mendapat keperluan DHA dan EPA yang lebih tinggi ini juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, imuniti yang lebih baik serta kurang risiko mendapat elergik.

Kepentingan Omega-3, DHA dan EPA Kepada Kanak-kanak


Pada awal usia, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protien, fiber, mineraldan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kanak-kanak memerlukan kandungan lemak seperti lonilenik asid dan alpha.


Linonik asid juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil daripada makanan. Ini kerana badan manusia tidak mampu untuk mengahsilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu dan keju. Alphalenolik asid akan ditukarkan kepada Omega-3 yang juga amat penting dala, membantu otak kita berfungsi secara normal.

Omega-3 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostalandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada tubuh manusia dengan berperanan sebagai:


  • Sistem imun badan - terutamanya di dalam tindak balas kepada alergik
  • Sistem pencernaan - mengawalatur sistem pencernaan perut
  • Baik pulih sel - pembentukan sel-sel baru
  • Suhu badan - memastikan suhu badan pada tahap normal
  • Tekanan bendalir - pada bahangian mata dan telinga*
source: Omega-3 oils (A practical guide)

Kesimpulannya, untuk perkembangan minta kanak-kanak, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan bagi mendapatkan khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan Omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam, kekacang dan sebagainya.

Namun, adakah makanan tersebut masih mempunyai DHA dan EPA yang tinggi dan mencukupi setelah melalui pelbagai proses?

Pilihan Ayu sendiri pastinya OMEGA GUARD Shaklee untuk menyediakan EPA ddan DHA yang lengkap terutamanya untuk diet harian yang seimbang untuk seisi keluarga Ayu



Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Ultratulen Bergred Farmaseutikal

~ Omega Guard Shaklee dihasilakan melalui satu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

~ Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dan lain lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak. **

**sumber: Buku Nutrisi Shaklee

Pengalaman Sendiri Dalam Mengamalkan Omega Guard

Ayu mula amalkan Omega Guard untuk beri pada anak-anak yang pada masa tu berumur 5 tahun dan 2 tahun. Beri sebiji seminggu untuk tingkatkan sistem imun dan kurangkan batuk berkahak mereka. Ayu campurkan dalam bubur dan makanan mereka.


Sekarang anak-anak dah berusia masing-masing 10 dan 7 tahun, Alhamdulillah dua-dua Ayu masih berikan Omega Guard ni, kunyah macam tu je. Dua-dua cepat belajar, fokus dan hari-hari ade je cerita dan idea yang mereka nak cakap dan ceritakan, terutamanya bila dah mula bersekolah :)

Sebagai parents, tiada salahnya kita cuba untuk ikhtiar yang terbaik buat anak-anak kita. pilihan Ayu semestinya Shaklee!

HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI, BERKESAN.

Thanks for reading 😍

Ayu Shaklee







Friday, January 5, 2018

PROMOSI SHAKLEE JANUARI 2018 | Minyak Ikan Terbaik, OMEGA GUARD

Hi semua,
Assalamualaikum, salam sejahtera...

Untuk sepanjang bulan Januari 2018 ni, produk under promo Shaklee adalah OMEGA GUARD. Bila sebut je OMEGA GUARD first thing yang ada dalam kepala semestinya NAK KURUS. Sebenarnya, banyak lagi tau kebaikan OMEGA GUARD ni yang mungkin anda belum tahu. Jadi, entry kali ni Ayu akan kongsikan dengan anda segala manfaat dan juga kebaikan OMEGA GUARD.



Di dalam OMEGA GUARD Shaklee ada terkandungnya Omega-3
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Antara fungsi EPA:
🐟 Mencegah penyakit berbahaya yang melibatkan sel
🐟 Mencegah pembekuan darah 
🐟 Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
🐟 Baik untuk kesihatan jantung
🐟 Menghindar tekanan perasaan

Antara tugas DHA:

🐠 Sesuai untuk pesakit asthma
🐠 Meningkatkan daya seksual
🐠 mencegah penyakit kulit
🐠 Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
🐠 Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan OMEGA GUARD Shaklee?

💓 MELINDUNGI JANTUNG

➤ Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal

💓 MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

➤ Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut(tetapi bukan muktamad) menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari

➤ Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Omega-3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi

💓 ULTRATULEN & BERGRED FARMASEUTIKAL

➤ Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

💓 MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

➤ Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.

➤ EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula pentingbagi perkembangan dan fungsi otak


Apa yang membezakan Omega Guard Shaklee dengan minyak ikan lain di pasaran?


1. Minyak Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan bersuhu sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee 3 kali lebih tumpat dari minyak hati ikan.

4. Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan ikan Omega-3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. Sebiji kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak Omega-3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi.

* Kaedah untratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum. merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

Siapa yang perlu amalkan Omega Guard Shaklee?


  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Penghidap Asthma
  • Mereka yang memiliki tahap kolestrol tinggi
  • Mereka yang ingin kurus / jaga berat badan
  • Wanita hamil
  • Wanita lepas bersalin
  • Ibu menyusu
  • Pesakit darah tinggi
  • orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak yang berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Mereka yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Ibu Hamil

🌟 Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan

🌟 Mengurangkan risiko bayi lahir pra matang atau dikenali sebagai bayi tak cukup bulan

🌟 Mengurangkan risiko ibu terkena 'meroyan' selepas melahirkan bayi

🌟 Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu

🌟 Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga

🌟 Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penghasilan susu dan kualiti susu ibu

Kanak-kanak

🌟 Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak

🌟 Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema, asthma

Obesiti / Masalah berat badan berlebihan

🌟 Omega-3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lebih lama

🌟 Membantu pembakaran lemak

Sering dilanda masalah kesihatan

🌟  Membantu mengurangkan masalah batuk berkahak, selsema yang berterusan

🌟 Mengurang sakit sendi

🌟 Mengurangkan paras kolestrol

Antara manfaat Omega Guard Shaklee Secara Keseluruhan:
  1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Mengekalkan tekanan darah normal
  5. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kelapa
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trig;oserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan asthma atau lelah
  13. Memelihara kesihatan jantung
  14. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  15. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  16. Meningkatkan sistem imun tubuh dan bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  17. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis
Selain itu, Omega-3 juga dapat membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:

  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
Dos Omega Guard Shaklee:

Dewasa - 3 biji maksimum sehari
Wanita hamil - 1 atau 2 biji sehari
Kanak-kanak - 1 biji, 2 atau 3 hari sekali

Jadi, banyakkan sebenarnya kelebihan, khasiat dan manfaat Omega Guard ni? Harga InsyaAllah sangat mampu milik. Paling penting, terbaik untuk kesihatan secara menyeluruh.

Boleh hubungi Ayu 019-2112805 untuk order dan pertanyaan lanjut atau pembelian secara online boleh klik link dibawah





Your Trusted Shaklee Distributor
Ayu Sayuti
019 211 2805
fb: Ruzidahayu Mohamad Sayuti
ig: @ruzidahayu










Friday, July 28, 2017

Tips memiliki Kulit Lebih Cerah, Gebu dan Anjal

Assalamualaikum and good day everyone!

Untuk entry kali ni, Ayu nak berkongsi dengan anda semua tips mudah dan cepat untuk anda memiliki kulit yang semestinya lebih cantik, putih bersih dan flawless; bebas daripada parut hitam/gelap, parut berlubang dan kesan kesan tinggalan sejarah yang lain. :)

Dalam banyak banyak supplement Shaklee untuk kecantikan kulit, sebenarnya ada satu supplement yang PALING BEST, TERBAIK dan semestinya FAST EFFECT InsyaAllah. Ayu sendir dah cuba dan kesannya memang sangat cepat berbanding supplement yang lain.

Agak agak apa ye supplement yang Ayu maksudkan ni?

Semestinya COLLAGEN POWDER!!!


Ayu akui, baru je habis sekotak dah rasa sangat sangat best bila consume Collagen Powder ni. Kulit muka jadi lebih smooth, pori almost tak nampak dan yang paling best, eye bag makin berkurang tau. Ayu memang ada masalah eye bag yang sangat teruk sebab waktu tidur tak menentu. Huhu...


Rasa lebih confident! Dah lama tak pakai foundation tebal tebal. Ayu just appky moisturiser dengan CC cream and compact powder sikit je. pori pun bebas bernafas, tak lah ia tersumbat :)

Sedikit info berkenaan Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder dihasilkan daripada sisik ikan merah dari laut dalam yang bebas dari pencemaran air.
Sisik ikan merah (Red Snapper scale - RSS) merupakan sumber terbaik collagen kerana ia merupakan collagen yang tahan lasak.

Kenapa perlukan collagen yang tahan lasak?

Ini kerana collagen merupakan gentian tisu yang mudah rosak dan kendur akibat tindakan tekanan dan bahan kimia.

Collagen yang baik ialah collagen yang mampu menahan tekanan dan mempunyai elastisiti yang tinggi. RSS pula mempunyai ciri berikut:

  • Sangat lasak - mampu menahan tekanan berkapasiti 60 pound
  • Sangat elastik - kadar elastisiti sangat tinggi, kepaduan sel sangat tinggi
  • Kadar kelembapan tinggi
  • Molekulnya halus dan mudah diserap oleh tubuh
Oleh kerana itu, Shaklee telah memilih RSS untuk dijadikan sumber kepada Shaklee Collagen Powder. SCP mengandungi 4000mg collagen RSS.

Antara Kelebihan Collagen Powder:

  • Anti Penuaan - mengecilkan liang pori yang kelihatan pada muka, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengembalikan keanjalan pada kulit - menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut
  • Melembap - mengurangkan rasa kering dan gatal pada muka, mengelakkan kulit menggelupas. Bagi kulit brminyak, Collagen Powder membantu mengawal minyak pada muka
  • Mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan menjadikan tona kulit lebih sekata serta lebih cerah secara keseluruhan
  • Menegang - membantu menganjalkan payudara
  • Menyubur - menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta rambut lebih tebal dan bersinar
  • Meningkatkan pergerakan - menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

Sekotak boleh tahan sebulan dengan cara sama ada kita bancuh alternate day (2 hari seklai) atau bancuh 1/2 sachet setiap hari.

Best time untuk consume ialah wktu pagisebelum breakfast ataupun waktu malam sebelum tidur.

For those yang memang ada budget besar untuk kulit, boleh ambil 1 sachet setiap hari. Lagi owsem lah effect dia nanti!! :)

Boleh hubungi Ayu untuk order dan pertanyaan lanjut.

have a nice day ahead deariess!

Your Health & Beauty Consultant
AyuRichandBeauty
019-2112805


Thursday, July 27, 2017

PCOS Punca Wanita Susah Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Pernah dengar satu istilah yang dipanggil PCOS di kalangan wanita?

PCOS adalah singkatan bagi 'Polycystic Ovarian Syndrome' atau dikenali sebagai 'Stein-Levanthal Syndrome' 

Dianggarkan 5 hingga 10% wanita yang berada dalam lingkungan unur reproduktif mangalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan di mana terdapat hormon lelaki yang berlebihan dan insulin di dalam tubuh penghidap PCOS.

Ia disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur yang disebabkan oleh tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, metabolisme gula dan kolestrol yang terganggu.

Apakah gejala-gejala PCOS?


  • Kitaran haid yang tidak teratur, jika haid datang, kerap kali menjadi banyak dan berpanjangan
  • Kegemukan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolestrol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki
Bagaimana PCOS dikenalpasti/didiagnosis?

Doktor akan mengesahkan pesakit menghidap PCOS apabila dua daripada kriteria di bawah dipenuhi iaitu:

  • Kitaran haid tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon tidak seimbang sperti lebihan hormon lelaki dan/atau ujian klinikal menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Ujian scan/imbasan pelvis menunjukkan 'polycystic ovary' 
Apakah 'polycystic ovary'?

'Polycystic ovari' dikenalpasti melaui ujian can/imbasan pada pelvis pesakit dan didapati terdapat 'cyst' kecil-kecil pada bahagian ovari pesakit. Selalunya akan terdapat 12 cyst atau lebih. Setiap satu cyst dianggarkan berukuran di antara 2 - 8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil 'string of pearls'. Cyst yang kecil ini dikatakan TIDAK akan membesar hingga menyebabkan pembedahan. sebanyak 20% di kalangan wanita yang normal apabila dilakukan ujian imbasan pelvis menunjukkan terdapat 'polycystic ovary'. Hanya sebanyak 6-7% wanita sahaja di kalangan mereka yang menghidap PCOS.

Mengapakah pesakit PCOS sukar hamil?

ini disebabkan oleh masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Oleh kerana pesakit PCOS mengalami masalah hormon tidak seimbang, ia mengganggu proses kematangan dan perkembangan telur di kilang ovari. Hal ini menyebabkan ovulasi sukar berlaku dan kitaran haid terganggu. Disebabkan ovulasi sukar terjadi, peluang untuk hamil juga menjadi rendah.

Apakah risiko kesan jangka panjang untuk pesakit PCOS? 

  • 10-20% pesakit PCOS berisiko tinggi menghidap kencing manis, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis
  • Masalah kolestrol tinggi
  • Masalah tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Barah rahim terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur
  • Masalah tidur
  • Kemurungan
Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah pesakit PCOS? 

  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan amalkan gaya hidup sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat antara 5-10% sahaja daripada berat asal untuk menampakkan kesan positif dan penyakit PCOS semakin dapat diatasi
  • Ambil ubat atau supplement untuk membetulkan kitaran haid 
  • Ubat kencing manis contohnya, metformin bagi pesakit yang mempunyai masalah hormon insulin yang tingg, berat badan berlebihan dan menghidap kencing manis
  • Ubat fertiliti untuk merangsang kesuburan atau ovulasi
  • Pembedahan 'ovarian-drilling'
Walaubagaimanapun, PCOS juga dapat diatasi secara semula jadi dengan menjaga pemakanan dan mengambil makanan atau diet yang seimbang serta sihat.

Supplement dan "Superfood" untuk PCOS 

Antara makanan yang dianggap sebagai 'superfood' yang memberi banyak manfaat terutamanya kepada penghidap PCOS adalah seperti berikut:

Avocado 


Walaupun avocado dikatakan mempunyai tahap lemak yang tinggi, tetapi lemak yang terkandung dalam buah avocado adalah lemak baik dan mampu menjadi anti-keradangan secara semulajadi. Sifat anti-keradangan yang terdapat dalam avocado sangat sesuai untuk pesakit PCOS yang menghadapi masalah keradangan.

Satu kajian telah membuktikan masalah keadangan ini akan menyebabkan dan merangsang masalah 'ovary polycystic' dengan menghasilkan androgen. Masalah keradangan yang dihadapi pesakit PCOS meningkatkan hormon insulin dan ia menjadikan pesakit PCOS menjadi semakin kritikal. Antara kelebihan avocado yang lain adalah ia mampu menyerap nutriens yang berasaskan minyak atau lemak dan nutriens karotanoid khususnya. 

Kekacang


Kekacang mempunyai indeks glisemik yang rendah di mana ia ditukarkan kepada tenaga/gula dan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan kita. Keadaan ini menyebabkan kekacang adalah pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang menghidapkencing manis dan pesakit PCOS yang mengalami maslah dengan hormon insulin.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 31 wanita penghidap PCOS. Kumpulan wanita berkenaan dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan diberikan kacang walnuts dan 1 kumpulan lagi diberikan kacang badam. Mereka diarahkan untuk mengambil kekacang ini secara konsisten setiap hari selama 6 minggu berturut-turut. Keputusan yang diperolehi sangat mengujakan!

Para pengkaji tersebut telah mendapati waita yang mengambil kacang walnuts setiap hari secara konsisten "sex hormone-binding globulin" (SHBG) mereka meningkat. Ini adalah penting kerana  SHBG berperanan menjadi pengikat bagi hormon testosterone dan menurunkan kadar hormon testosterone yang berlebihan. hal ini secara tidak langsung mengurangkan secara secara total simptom-simptom yang dialami oleh pesakit PCOS.

Manakala bagi kumpulan wanita yang mengambil kacang badam secara konsisten setiap hari, para pengkaji mendapati ia memberi keseimbangan kepada hormon androgen dan testosterone dalam badan mereka.

Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis bukan sahaja sangat penting digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan, tetapi ia juga sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. satu kajian telah membuktikan kulit kayu manis mampu menurunkan paras glukos dalam darah pesakit kencing manis type 2.

Kulit kayu manis menstabilkan hormon insulin dalam badan penghidap kencing manis. Insulin sangat penting bagi ovari untuk menghasilkan hormon testosterone. Jadi, pengambilan kulit kayu manis juga mampu mengawal paras hormon testosterone.

Satu kajian juga telah dijalankan keatas 45 orang wanita penghidap PCOS. Wanita ini diarahkan untuk mengambil kulit kayu manis secara konsisten setiap hari sebanyak 2 kali. Dan didapati mereka boleh hamil secara semulajadi selepas beberapa ketika.

Sebanyak manakah para penghidap PCOS boleh mengambil kulit kayu manis setiap hari?

Secara purata mereka boleh mengambil sebanyak 3g kulit kayu manis setiap hari secara konsisten.

Cuka Epal


Tiada kajian khusus telah dilakukan ke atas cuka epal terhadap penghidap PCOS tetapi kebolehan cuka epal mengawal insulin dalam badan adalah diakui. Cuka epal juga mampu mengawal paras gula dalam darah dan cuka epal juga boleh mengawal 'carb cravings'.

Ikan Salmon


Ikan salmon merupakan sejenis ikan yang tinggi dengan vitamin D dan Omega-3. Setiap 4oz ikan salmon membekalkan 127% vitamin D yang diperlukan oleh badan manusia.

Kekurangan vitamin D dalam badan akan mengakibat:
  • Masalah hormon insulin
  • Kitaran haid tidak stabil
  • Mengurangkan peluang untuk hamil secara semulajadi
  • Masalah obesiti
  • Penyakit kardiovaskula 
Ikan salmon juga tinggi dengan Omega-3. Omega-3 penting bagi tubih kita sebagai penstabil kepada hormon testosterone di dalam badan terutamanya pesakit PCOS.

Supplement Shaklee untuk PCOS

Shaklee juga ada menyediakan beberapa supplements untuk pesakit PCOS. Antaranya:




Omega-3 penting dalam tubuh kita sebagai penstabil kepada hormon testosterone di dalam badan pesakit PCOS


Mempunyai kandungan kalsium dan magnasium sekaligus


Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi


Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6 dan tambahan Asid Folik

Tinggi dengan resveratrol - membantu memperbaharui sel dalam badan.

Bagaimana Vivix Boleh Membantu Pesakit PCOS?

Sedikit info tentang total testosterone, ianya adalah tinggi di dalam tubuh wanita yang menghidapi PCOS. Note that even a slightly increase of testosterone in woman body can suppress normal menstruation and ovulation, hence affecting fertility.

Maksudnya di sini, peningkatan walau sedikit sahaja hormon testosterone dalam badan seorang wanita akan menyebabkan wanita itu kurang subur dan wanita tersebut akan mendapat ciri-ciri elaki seperti rambut berlebihan di wajah atau dada.

Satu kajian telah dibuat di mana seramai 30 orang wanita dengan PCOS diberikan resveratrol dan placebo selama 3 bulan.

Prior to the study, serum total testosterone and DHEAS (another hormon that can be converted to testosterone) dan juga OGTT telah diambil untuk melihat risiko penyakit diabetes pada wanita PCOS. Ini kerana kurangnya sensitiviti badan pada insulin dalam kes PCOS.

Selepas 3 bulan, ujian darah dan OGTT yang sama diambil.

In women who taking resveratrol:
  • PENGURANGAN 23.1% pada total serum testosterone
  • PENGURANGAN 22.2% pada DHEAS
  • PENGURANGAN 31.8% pada faasting blood glucose
Pada placebo pula menunjukkan peningkatan pada testosterone dan DHEAS, 2.9% dan 10.5% respectively.
*placebo ni kiranya macam kita tak ambil apa supplement

Oleh itu, mereka simpulkan yang RESVERATROL BERJAYA MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN dan MENGURANGKAN RISIKO DIABETES.

 Soy Isoflavens dan mempunyai indeks glisemik yang rendah sesuai dengan penghidap PCOS dan kencing manis.
Penting untuk menstabilkan kitaran haid serta hormon dalam badan.



Hubungi Ayu terus untuk order dan pertanyaan lanjut.
Your health & Beauty Consultant
019-2112805