Ayu Sayuti : KENAPA EPA DAN DHA PENTING UNTUK ANAK ANDA? Ayu Sayuti : KENAPA EPA DAN DHA PENTING UNTUK ANAK ANDA?

Wednesday, January 10, 2018

KENAPA EPA DAN DHA PENTING UNTUK ANAK ANDA?

Assalamualaikum semua...
Haiii..

Untuk entry kali ni, Ayu nak share sikit pendedahan dan pencerahan kepada ibu, mama, mommy, ummi, ayah, baba, abi semua tentang betapa pentingnya untuk make sure anak kita mendapat EPA dan DHA secukupnya.

Selalu kan kita dengar mengenai DHA dan EPA ni. Tapi, tahukah kita apa DHA dan EPA tu sebenarnya?
Haa.. jom kita gali sama-sama.

DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenali sebagai Omega-3. Manakala AA (Asid Arakhidonat) pula dikenali sebagai Omega-6. Baik DHA, EPA mahupun AA, kesemuanya sangat diperlukan oleh bayi dalam perkembangan otak (minda) dan pertumbuhan semasa "golden period" bayi seawal dari dalam kandungan ibu.

Pada saat baru dilahirkan,  masa otak bayi hanya 25% dari otak orang dewasa sedangkan pada saar berumur 2 tahun, masa otaknya mencapai 75% dari otak orang dewasa. jangkamasa 0-2 tahun ini kita kenali dengan "golden period",  iaitu masa emas pertumbuhan otak anak.

✪ Mengapa DHA, EPA dan AA Sangat Penting Bagi Bayi?

DHA, EPA dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan selaput saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukkan kombinasi DHA, EPA dan AA dapat menigkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi.

Penelitian tersebut menyatakan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".


Dengan kata lain, berdasarkan penelitian di atas, bayi yang menerima supplement DHA dan AA berkemungkinan besar lebih cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak menerima supplement DHA dan AA.


Kesan Pengambilan EPA dan DHA Kepada Bayi Dalam Kandungan.


Wanita hamil perlu mengambil 1500mg DHA dan 800mg EPA sehari untuk menampung keperluan dirinya dan bayi dalam kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak - keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu dan keupayaan retina - mengoptimakan penglihatan bagi proses befikir dan melihat.


Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita hamil yang mengambil sehingga 1100mg DHA dan 800mg EPA setiap hari dengan wanita hamil yang cuma mengambil 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil 100mg DHA. Kanak-kanak yang mendapat keperluan DHA dan EPA yang lebih tinggi ini juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, imuniti yang lebih baik serta kurang risiko mendapat elergik.

Kepentingan Omega-3, DHA dan EPA Kepada Kanak-kanak


Pada awal usia, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protien, fiber, mineraldan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kanak-kanak memerlukan kandungan lemak seperti lonilenik asid dan alpha.


Linonik asid juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil daripada makanan. Ini kerana badan manusia tidak mampu untuk mengahsilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu dan keju. Alphalenolik asid akan ditukarkan kepada Omega-3 yang juga amat penting dala, membantu otak kita berfungsi secara normal.

Omega-3 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostalandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada tubuh manusia dengan berperanan sebagai:


  • Sistem imun badan - terutamanya di dalam tindak balas kepada alergik
  • Sistem pencernaan - mengawalatur sistem pencernaan perut
  • Baik pulih sel - pembentukan sel-sel baru
  • Suhu badan - memastikan suhu badan pada tahap normal
  • Tekanan bendalir - pada bahangian mata dan telinga*
source: Omega-3 oils (A practical guide)

Kesimpulannya, untuk perkembangan minta kanak-kanak, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan bagi mendapatkan khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan Omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam, kekacang dan sebagainya.

Namun, adakah makanan tersebut masih mempunyai DHA dan EPA yang tinggi dan mencukupi setelah melalui pelbagai proses?

Pilihan Ayu sendiri pastinya OMEGA GUARD Shaklee untuk menyediakan EPA ddan DHA yang lengkap terutamanya untuk diet harian yang seimbang untuk seisi keluarga Ayu



Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Ultratulen Bergred Farmaseutikal

~ Omega Guard Shaklee dihasilakan melalui satu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

~ Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dan lain lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak. **

**sumber: Buku Nutrisi Shaklee

Pengalaman Sendiri Dalam Mengamalkan Omega Guard

Ayu mula amalkan Omega Guard untuk beri pada anak-anak yang pada masa tu berumur 5 tahun dan 2 tahun. Beri sebiji seminggu untuk tingkatkan sistem imun dan kurangkan batuk berkahak mereka. Ayu campurkan dalam bubur dan makanan mereka.


Sekarang anak-anak dah berusia masing-masing 10 dan 7 tahun, Alhamdulillah dua-dua Ayu masih berikan Omega Guard ni, kunyah macam tu je. Dua-dua cepat belajar, fokus dan hari-hari ade je cerita dan idea yang mereka nak cakap dan ceritakan, terutamanya bila dah mula bersekolah :)

Sebagai parents, tiada salahnya kita cuba untuk ikhtiar yang terbaik buat anak-anak kita. pilihan Ayu semestinya Shaklee!

HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI, BERKESAN.

Thanks for reading 😍

Ayu Shaklee







Comments
2 Comments

2 comments:

Aziana said...

Wahhh hensem abang dan adik ni.

Belajar rerajin, pandai ya.

Ayu Sayuti said...

Alhamdulillah.. InsyaAllah.. Amin ya Allah..

Thank you ummi Ana..

Post a Comment