Ayu Sayuti : Cucumber: The Refresher Ayu Sayuti : Cucumber: The Refresher

Wednesday, August 21, 2013

Cucumber: The Refresher

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera semua.. ;)

Hi, hari ni Ayu nak share sesuatu mengenai TIMUN/CUCUMBER
Nampak sedapkan??? Nak2 lagi yang baby cucumber.. My Favourite!! Hehehe~

Macam mana timun ni boleh bantu kita cantikkan wajah adn boleh dijadikan sebagai 'refresher'??
Meh baca info-info yang Ayu dapat melalui pembacaan di internet...

Tahukah anda buah mentimun merupakan sayuran keempat yang paling banyak ditanam di dunia ini. Mungkin ramai yang belum tahu khasiat buah mentimun ni. Biasanya anda jumpa kat nasi lemak, tu pun tak makan dan tolak ketepi je. Atau mungkin tahu untuk tepek kat mata je.
Di sini Ayu cuba menjelaskan lagi khasiat mengenai buah mentimun ini untuk kesihatan, sehingga ada pakar  mengatakan sebagai makanan super kerana khasiatnya yang lengkap.
Berikut adalah antara khasiat buah mentimun untuk kesihatan agar dapat kita lebih mengetahui mengenainya:



  • Merupakan sumber vitamin B dan C. Buah mentimun adalah sumber yang baik daripada vitamin B. Anda boleh mengambil sepotong mentimun sebagai snek, dan rasakan manfaatnya. Kulit mentimun pula kaya dengan vitamin C, seeloknya anda makan mentimun ini dengan kulitnya sekali
  • Mencegah dehidrasi. Kandungan air dari mentimun hampir 95%, sehingga dapat membantu mencegah dehidrasi.
  • Merawat kulit terbakar. Kulit mentimun boleh digunakan sebagai ubat bagi kulit yang terbakar akibat sinar matahari. Bagi kulit yang kegatalan pula, kulit mentimun boleh membantu mengurangkan kesan sakitnya. Caranya cukup dengan menampal kulit mentimun di bahagian kulit yang sakit, lalu biarkan hingga beberapa minit.
  • Mata bengkak. Anda yang sering mengalami keletihan mata dan bengkak, tekapkan mata dengan mentimun yang dipotong kecil. Buah mentimun mempunyai sifat anti-inflamasi sehingga dapat mengurangkan bengkak.
  • Boleh menentang kanser. Kandungan lariciresinol, pinoresinol, dan secoisolariciresinol pada mentimun telah terbukti dalam beberapa kajian yang berkaitan dengan penurunan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, ovari, kanser rahim, dan prostat.
  • Menghilangkan bau mulut. Ambil sehiris buah mentimun, lalu masukkan ke mulut dan tekan pada lelangit dengan lidah anda. Biarkan 30 minit supaya phytochemcials boleh bekerja membunuh bakteria penyebab bau mulut.
  • Boleh merawat diabetes dan kolesterol. Jus mentimun boleh membantu pankreas menghasilkan insulin, yang baik bagi pesakit diabetes. Selain itu, jus mentimun pun mampu menurunkan kadar kolesterol dan mengatur semula tekanan darah, baik itu darah tinggi atau darah rendah.
Karbohidrat – 3,63 gm
Gula – 1,67 gm
Serat – 0,5 gm
Lemak – 0,11 gm
Protein – 0,65 gm
Thiamin (Vitamin B1) – 0,027 mg
Riboflavin (Vitamin B2) – 0,033 mg
Niacin (Vitamin B3) – 0,098 mg
Asam Pantothenic (Vitamin B5) – 0,259 mg
Vitamin B6 – 0,040 mg
Acid Folic (Vitamin B9) – 7 μg
Vitamin C – 2,8 mg
Calcium – 16 mg
Zat besi – 0,28 mg
Magnesium – 13 mg
Fosforus – 24 mg
Potassium – 147 mg
Zinc- 0,20 mg


Dalam setiap 100 gram timun mengandungi:


Nak tahu ape yang Ayu guna untuk refresh kalau rasa letih dan ngantuk especially waktu drive sensorang??

Tarrrraaaa!!!


Ultra radiance facial re-hydrating mist by Benefit

It's made from extract of cucumber!!! Membantu meningkatkan seri wajah (ececehhh) dengan exclusive tri-radiance complex yang terkandung di dalamnya untuk penghidratan kepada kulit serta merta dan jangka panjang. And, haruman daripada jus timun adalah sangat MENYEGARKAN!!!
Haaa.. confirm terbuntang biji mata lepas spry ke muka..
Close eyes & spray hydrating mist 8 inches from face. Use after cleansing or throughout the day to refresh makeup as well.. Seriously said..memang berbaloi beli ni!! saye suke!..Weeee!!







Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment