Ayu Sayuti : Healthy Life Ayu Sayuti : Healthy Life
Showing posts with label Healthy Life. Show all posts
Showing posts with label Healthy Life. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

7 Sebab Perlunya Pengambilan Kolagen


Assalamualaikum semua..

Jom kita lihat 7 sebab kenapa perlunya kita mengambil kolagen dalam diet harian kita.


1.Meningkatkan Kesihatan Kulit dan Rambut


Bila kita semakin berusia, pengeluaran kolagen akan menjadi semakin menurun - ia berlaku semasa anda membaca artikel ini! Anda boleh melihatnya secara fizikal: kulit mengelebeh, lebih banyak kedut dan kurang elastik. Meningkatkan tahap kolagen dapat membantu kulit anda kelihatan lebih tegang, meningkatkan kelancaran, dan membantu sel-sel kulit anda terus diperbaharui dan diperbaiki secara normal.


2. Mengurangkan Sakit Sendi

Pernahkah anda merasakan seperti anda hanya mempunyai "rangka kaki"sahaja, jenis yang berasa lebih sakit dan ngilu dan menyebabkan kesakitan apabila anda bergerak? Yup, itu mungkin kehilangan kolagen yang menumbuhkan kepala hodohnya. Ini kerana apabila kita kehilangan kolagen, tendon dan ligamen kita mula bergerak dalam keadaan yang tidak semudah dulu, menyebabkan kekakuan,  bengkak di sendi dan banyak lagi.

Dengan struktur yang licin, seperti gel yang menutup dan memegang tulang kita bersama, kolagen membolehkan kita meluncur dan bergerak tanpa kesakitan. Fikirkan mengambil lebih banyak kolagen seperti menyembur WD40 pada engsel pintu berbunyi: Ia membantu sendi bergerak dengan lebih mudah, mengurangkan kesakitan yang sering dikaitkan dengan penuaan dan juga mengurangkan risiko kemerosotan sendi. 



3. Membantu Penyembuhan ''Leaky Gut''

Sekiranya anda mengalami sindrom Leaky Gut, keadaan di mana toxin jahat boleh melalui saluran penghadaman anda, kolagen boleh menjadi sangat membantu. Ia membantu memecahkan protein dan melegakan lapisan usus anda, menyembuhkan dinding sel yang rosak dan menyemburkannya dengan penyembuhan asid amino.


4. Meningkatkan Metabolisme, Kekuatan Otot dan TambahanTenaga
Rangsangan kolagen dapat membantu meningkatkan metabolisme anda dengan menambahkan jisim otot  ke badan anda dan membantu penukaran nutrien penting. Salah satu peranan gliserin yang paling penting ialah membantu membentuk tisu otot dengan mengubah glukosa menjadi tenaga kepada sel-sel otot. Dan ingatlah bahawa mengekalkan kekuatan  otot adalah penting ketika anda berusia, kerana ia membantu postur, kesihatan tulang dan membakar lebih banyak kalori daripada lemak. Apabila memakan kolagen, anda boleh mendapat manfaat  juga dengan  memakan vitamin C untuk memastikan tubuh anda dapat menukar kolagen menjadi protein yang boleh digunakan. Ini boleh mula memulihkan sumber atau tenaga dan daya hidup anda.


5. Memperkuat Kuku, Rambut dan Gigi

Pernah menggelupas dan terbelah kuku? Ye, kekurangan kolagen boleh dipersalahkan. Protein kolagen adalah barisan pertahanan kepada kuku, rambut dan gigi anda. Menambahkan kolagen ke dalam regimen diet anda boleh membantu memastikan kuku anda kuat dan mungkin menghilangkan  tanda-tanda keguguran rambut.



6. Meningkatkan Kesihatan Hati

Sekiranya anda ingin detoks badan anda, memperbaiki aliran darah dan menjaga jantung anda, kolagen sangat membantu. Itu kerana glisin membantu meminimumkan kerosakan pengalaman hati anda apabila menyerap zat-zat asing, toksin atau alkohol yang tidak sepatutnya melaluinya.


7. Melindungi Kesihatan Kardiovaskular

Proline asid amino membantu dinding arteri membebaskan lemak dalam aliran darah, mengecutkan lemak di arteri dan meminimumkan pengumpulan lemak. Proline diperlukan untuk membaiki tisu dalam sendi dan arteri, dan ia membantu mengawal tekanan darah. Sebagai sebahagian daripada kolagen yang terdapat di dalam sendi, ia menghalang tubuh kita daripada kesan getaran atau kejutan dan membantu kita memegang rawan berharga ketika kita menjadi lebih tua.  Ia juga dikaitkan dengan pencegahan arteriosklerosis (pengerasan arteri) kerana ia membantu arteri kita kekal jelas dari pembentukan plak berbahaya.

Wednesday, July 26, 2017

Tips Gempak Kekal Langsing Lepas Raya

Lemang, juadah tradisi turun temurun. Yummss!

Tips 1 : Banyakkan minum air kosong
Ini tips paling senang. Serius. Amalkan bawa botol air 1.5 liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran



Tips 2 : Detox! Detox! Detox!
Berpuasa 30 hari adalah satu proses detox. Pun begitu, anda masih boleh melalukan proses detox ini untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan efektif. Antara cara detox yang baik adalah dengan minum air buah-buahan. Kalau nak lagi mudah, selamat, berkesan dan semulajadi, boleh amalkan set Detox Shaklee :)


Set Detox Shaklee


Tips 3: Makan dalam pinggan kecil
Yup! Elakkan ambil pinggan besar.


Tips 4: Beritahu pasangan/kawan anda tengah diet
Pasangan/kawan anda perlu dan wajib tahu anda sedang diet. Mungkin mereka akan ejek anda, jangan risau, ejekan mereka akan dibalas apabila mereka lihat anda boleh memakai semula baju semasa anda berada di tingkatan 5! Takpun tayang je kat pasangan/kawan Cinch Shake Shaklee tu!
Cinch 3 Perisa: Vanila, Chocolate dan Latte




Tips 5: Makan buah-buahan
Makan buah buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan bekarbohidrat tinggi


Tips 6: Berhenti sebelum kenyang!
Masalah kebanyakan orang adalah, mereka akan makan sehingga terlalu kenyang. Kadang kala, nak bernafas pun sukar! Elakkan dari amalkan amalan ini.


Tips 7: Puasa 6/Puasa Sunat
Ya.. ini tips paling agung sebenarnya. Puasa 6 atau puasa sunat. Ia boleh mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Dan pada masa sama, mengajar diri erti sabar…


Okay, diharapkan tips tips ini dapat membantu kita sama sama kekal langsing secara sihat sepanjang masa. Mahu kekalkan berat badan anda dengan Shaklee? Klik untuk pembelian Slimming Set Shaklee dari Ayu Rich and Beauty.

Atau, boleh contact Ayu direct di 019-211 2805. Your trusted Shaklee Distributor
Shaklee Kota Puteri, KLCC

Tuesday, December 23, 2014

DIY Detox Water

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.



Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan. 

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.

Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear. 

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.
Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema
 Macam mana? Dah tak sabar dah nak memulakan proses detox anda?
Jom Ayu tunjukkan kaedah penyediaan air detox yang mudah di sediakan ini.

Air detox made from Lemon+Timun+Daun Pudina
(Bahan-bahan sedia ada kat rumah, sonang jerr) hehe...

LEMON+TIMUN+DAUN PUDINA+AIR SEJUK
Hiris beberapa keping lemon dan juga timun. Masukkan 1 liter air sejuk kedalam jug/botol/bekas (ikut citarasa anda). Kemuadian masukkan beberapa helai daun pudina.
Biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 8 jam atau semalaman. air detox ni elok diminum waktu pagi sebelum anda anda mengambil apa-apa makanan atau bersarapan.

Selain bahan-bahan di atas, anda juga boleh buat air detox ni dengan semua jenis buah-buah citur yang lain..
contohnya seperti:

STRAWBERRY + kIWI
LEMON + HALIA
LIMAU KASTURI + TIMUN + DAUN PUDINA

LIMAU NIPIS + STRAWBERRY + DAUN PUDINA


blanje sekeping lagi gambo... ;)

SELAMAT MENCUBA SEMUA..

Salam Sayang <3



Thursday, August 29, 2013

Kisah Cintaku Bersama Si Philips.. :P

Assalamualaikum wbt..

Harini tetiba terasa nak share sesomething dengan semua.. bukan pasal Make-up tips/tutorial @ pasal kecantikan..Atau bukan juga pasal Shaklee..hehe (Otak tengah blurr sebab kene jadi part-time Video Editor..err..)
Sementara nak tunggu traffic jam kat luar tu clear, bek kita chill dulu..(tetibe perot berbunyikk!!)
Makan snak dulu..hehe..

Siape Si Philips ni????
Jeng..jeng..jeng... Hahaha..kalau nak tahu ini lah die si Philips tu..


Ingat sape la ye?? Hepp!! Babab nantti kalau ade yang fikir die boyfren baru i..hihihii (En. Husband..jgn marah naa)

Agak lucu.. Perkenalan kami memang lucu.. Kisahnya bermula pada tahun 2008, selepas 58 hari kelahiran putera sulung saye.. Muhamad Al Fieras.. saya dah start kerja sebab itu adalah permulaan kerjaya saya dalam dunia Perbankan..(sebelum tu jadi graduan tanpa pekerjaan selama hampir 2 tahun) Rezeki anak..betul apa yang di kata orang kebanyakan.. jangan risau kalau dah kawen, dah ade anak, susah dapat kerja..InsyaAllah..rezeki perkahwinan itu ada..Rezeki anak2 yang lahir itu pun sudah ditetapkan-Nya.. Saya menangis pagi tu nak tinggalkan Fieras dengan Neneknya untuk saya mulakan hari pertama saya.. 
(Owh ye.. jangan tak tahu.. saya bawa bersama bayi saya masa saya interview untuk dapatkan post ni.. Betul2 baru habs pantang..Huhu)

Nak dijadikan cerita, hari pertama pergi kerja..nebes punye pasal..nothing to be brought..Maksud saya peralatan mengepam (masa tu saya guna manual pam by *Pureen) dan lagi satu kekesalan saya yang saya ingat sampai sekarang, saya x buat stok yang cukup untuk Fieras sebab konon2nye nak jadi ibu sepenuh masa sampai lah Fieras 2 tahun iaitu masa yang sebaik-baiknya untuk breasfeed.. Pengajaran dan peringatan buat diri saya.. huhu..So terpaksa lah bagi Fieras FM..Sob..Sob..Sob..

Berbalik kepada x bawak ape pon gi kerja.. haaaa..dah la on the way tu air mata x boleh brenti dok teringat anak kat rumah..(padahal nenek & atoknye kemain suka ada cucu kat rumah..jadi kawan sembang katenye) Adoiii..
Sampai opis, dah round2 satu floor, manager tunjuk workstation ape ke semua tu.. bla.. bla.. blaa.. sampai le lunch hour..( masa ni dah rasa semacam je dah)

Ok, for day 1 hubby blanje makan..so keluar le lunch berdatingan dengan en.suami..hehe..tapi masa ni dah rasa Miss B tu dah denyut2 dah..tapi x gak nak ckp kat hubby..pas siap makan, kami pon masuk opis memasing semula.. time nak amik wudhu' untuk solat Zohor..

"Aduh.. Sakitnye..sampai nak tegakk, nak bongkok badan pun x boleh ni..serba tak kena.." terduduk kat tepi toilet menangis sensorang..cecepat call hubby bagitau situasi sebenar.. Minta hubby pergi carikan pum yang macam mana, brand ape pon, x kesah dah!!! janji Miss B boleh dikosongkan segera..(try picit nak bagi keluar, x menjadi sebab dah panik)

dalam 20 minit tunggu..hubby datang membawa bantuan.. (Oh, dear..U always be my Hero..Ececeh..) sekali bukak bungkusan plastik yang dihulurkan..Hameekkk Ayuuuu.. Teros nangiess keterhaurann yang teramat sangat!!!! Saya tahu harga set ni agak keterlaluan bagi kami yang masa tu cuma Hubby saje yang kerja, dan saya baru nak mula kerja, event gaji pertama pon masih jauh kedepan.. tapi hubby siap cakap.. hubby cuba beri yang terbaik untuk saye & baby.. Uwaaaa.. Luv b until Jannah!!!

Ini lah set yang hubby belikan di waktu kecemasan masa tu.. pastu sebab dah sakit sangat.. maka keluarlah soklan2 yang agak x rasional untuk saya tanye kat hubby masa tu..hahaha (ups! agak secretive soklan2 tu..malu nak tulis sini) hihihi...

dengan lajunye saye pon dengan susah payang baca manual macam mana nak assemble set tu supaya saye boleh start pumping..menggigil-gigil kot masa ni..surprisingly!! not even 10 sec dah siap pasang dah..baru nak start..Choppp x cuci lagi..dok terketar2 gi carikk air suam kat pantri then siram2 agak2 dah di sterilise ape lagi..bermulalah Cintaku Bersama Philips Avent.. hehe..

Pumping kena satu2 sebab ini adalah set manual..  sebab dah jadi bengkak sangat, kedua-dua Miss B x dapat menampung n cairan emas itu keluar dengan sendirinya.. so sebelah saya pump, sebelah lagi saya tadah je dengan extra botol provided dalam set ni tadi.. Alhamdulillah..Lega sangat..terbayang muka Fieras masa ni..pastu nanges lagiii.. ;)

Yang membuatkan rasa malu ada..bahagia ada..sedih pon ada ialah bila  teringat masa nak balik turun lif..adoii satu lagi masalah bila..baju saya ada spot basah kat area yang sewaktu dengannye disebabkab cairan emas yang x tertampung tadi..Err..siap hubby suh tunggu nanti die datang jemput kat ofis then die cober untuk saye..

Sampai rumah terus nak nak terjah peluk cuim my baby boy, tapi cecepat mak tegah.."elok lah mandi dulu..bersih badan..segarkan fikiran tu..baru pegang anak"
Ape lagi..macam lipas kudung saye mandi then terus direct BF untuk my baby..

Then mula lah pulak episod saye dok memborong Avent products ni..dari botol susu, nipple, parts untuk breast pum, warmer..sampailah ke aksesori yang kalau difikirkan balik, macam membazir le pulak!! adoii..tapi sebab dah beli, pakai je lahhh kannn..huhuhuuu..

Tapi sayang..saya hanya berjaya BF Al Fieras hanya untuk tempoh 8 bulan.. mungkin kekurangan ilmu BF untuk working mommy masa tu..kekurangan diri yang perlu dibaki.. 

Alhamdulillah..saya berjaya untuk my Daughter Rania El Zara, masa ni saya masih belum kenal Shaklee, jadi segala petua yang mak n mertua beritahu saya amalkan, then pumping at the right time, discipline, minum air secukupnya.. saya berjaya BF Rania sehingga umur setahun..sekali lagi saya gagal disebabkan faktor pekerjaan saya yang mencuri masa untuk saya pumping dengan kerap.. dah jadi begitu..hasil pun mula merudum dan akhirnya saya tewas sekali lagi kepada FM..

Azam saya, jika Allah ingin kurniakan rezeki anak kepada saya dan suami selepas ini, InsyaAllah..saya nak jugak penuhi 2 tahun itu dengan BF..itu hak anak saya! Saya yakin, pasti boleh!! InsyaAllah...

berkenaan dengan parts Philips Event ni, saya beli direct dengan Official Distributor Philips Event di Malaysia..
kalau U guys nak pergi beli parts Event, datang lah kesini.. semuanya ada!!!

Kinderdijk Sdn Bhd
Address: F-0-12 & F-1-12, Plaza Damas No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, 50480, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Phone:03-6203 2336

Itu je kot nak share buat masa ni..
nampaknye traffic pon dah clear kat luar tu..

Wassalam..

SuriHatiHubby,
UmmiYashRania
~Ayu~
Jln.Ampang, Aug 29,2013

    Wednesday, August 21, 2013

    Cucumber: The Refresher

    Assalamualaikum wbt..
    Salam Sejahtera semua.. ;)

    Hi, hari ni Ayu nak share sesuatu mengenai TIMUN/CUCUMBER
    Nampak sedapkan??? Nak2 lagi yang baby cucumber.. My Favourite!! Hehehe~

    Macam mana timun ni boleh bantu kita cantikkan wajah adn boleh dijadikan sebagai 'refresher'??
    Meh baca info-info yang Ayu dapat melalui pembacaan di internet...

    Tahukah anda buah mentimun merupakan sayuran keempat yang paling banyak ditanam di dunia ini. Mungkin ramai yang belum tahu khasiat buah mentimun ni. Biasanya anda jumpa kat nasi lemak, tu pun tak makan dan tolak ketepi je. Atau mungkin tahu untuk tepek kat mata je.
    Di sini Ayu cuba menjelaskan lagi khasiat mengenai buah mentimun ini untuk kesihatan, sehingga ada pakar  mengatakan sebagai makanan super kerana khasiatnya yang lengkap.
    Berikut adalah antara khasiat buah mentimun untuk kesihatan agar dapat kita lebih mengetahui mengenainya:



    • Merupakan sumber vitamin B dan C. Buah mentimun adalah sumber yang baik daripada vitamin B. Anda boleh mengambil sepotong mentimun sebagai snek, dan rasakan manfaatnya. Kulit mentimun pula kaya dengan vitamin C, seeloknya anda makan mentimun ini dengan kulitnya sekali
    • Mencegah dehidrasi. Kandungan air dari mentimun hampir 95%, sehingga dapat membantu mencegah dehidrasi.
    • Merawat kulit terbakar. Kulit mentimun boleh digunakan sebagai ubat bagi kulit yang terbakar akibat sinar matahari. Bagi kulit yang kegatalan pula, kulit mentimun boleh membantu mengurangkan kesan sakitnya. Caranya cukup dengan menampal kulit mentimun di bahagian kulit yang sakit, lalu biarkan hingga beberapa minit.
    • Mata bengkak. Anda yang sering mengalami keletihan mata dan bengkak, tekapkan mata dengan mentimun yang dipotong kecil. Buah mentimun mempunyai sifat anti-inflamasi sehingga dapat mengurangkan bengkak.
    • Boleh menentang kanser. Kandungan lariciresinol, pinoresinol, dan secoisolariciresinol pada mentimun telah terbukti dalam beberapa kajian yang berkaitan dengan penurunan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, ovari, kanser rahim, dan prostat.
    • Menghilangkan bau mulut. Ambil sehiris buah mentimun, lalu masukkan ke mulut dan tekan pada lelangit dengan lidah anda. Biarkan 30 minit supaya phytochemcials boleh bekerja membunuh bakteria penyebab bau mulut.
    • Boleh merawat diabetes dan kolesterol. Jus mentimun boleh membantu pankreas menghasilkan insulin, yang baik bagi pesakit diabetes. Selain itu, jus mentimun pun mampu menurunkan kadar kolesterol dan mengatur semula tekanan darah, baik itu darah tinggi atau darah rendah.
    Karbohidrat – 3,63 gm
    Gula – 1,67 gm
    Serat – 0,5 gm
    Lemak – 0,11 gm
    Protein – 0,65 gm
    Thiamin (Vitamin B1) – 0,027 mg
    Riboflavin (Vitamin B2) – 0,033 mg
    Niacin (Vitamin B3) – 0,098 mg
    Asam Pantothenic (Vitamin B5) – 0,259 mg
    Vitamin B6 – 0,040 mg
    Acid Folic (Vitamin B9) – 7 μg
    Vitamin C – 2,8 mg
    Calcium – 16 mg
    Zat besi – 0,28 mg
    Magnesium – 13 mg
    Fosforus – 24 mg
    Potassium – 147 mg
    Zinc- 0,20 mg


    Dalam setiap 100 gram timun mengandungi:


    Nak tahu ape yang Ayu guna untuk refresh kalau rasa letih dan ngantuk especially waktu drive sensorang??

    Tarrrraaaa!!!


    Ultra radiance facial re-hydrating mist by Benefit

    It's made from extract of cucumber!!! Membantu meningkatkan seri wajah (ececehhh) dengan exclusive tri-radiance complex yang terkandung di dalamnya untuk penghidratan kepada kulit serta merta dan jangka panjang. And, haruman daripada jus timun adalah sangat MENYEGARKAN!!!
    Haaa.. confirm terbuntang biji mata lepas spry ke muka..
    Close eyes & spray hydrating mist 8 inches from face. Use after cleansing or throughout the day to refresh makeup as well.. Seriously said..memang berbaloi beli ni!! saye suke!..Weeee!!