Ayu Sayuti : DIY Detox Water Ayu Sayuti : DIY Detox Water

Tuesday, December 23, 2014

DIY Detox Water

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.



Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan. 

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.

Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear. 

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.
Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema
 Macam mana? Dah tak sabar dah nak memulakan proses detox anda?
Jom Ayu tunjukkan kaedah penyediaan air detox yang mudah di sediakan ini.

Air detox made from Lemon+Timun+Daun Pudina
(Bahan-bahan sedia ada kat rumah, sonang jerr) hehe...

LEMON+TIMUN+DAUN PUDINA+AIR SEJUK
Hiris beberapa keping lemon dan juga timun. Masukkan 1 liter air sejuk kedalam jug/botol/bekas (ikut citarasa anda). Kemuadian masukkan beberapa helai daun pudina.
Biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 8 jam atau semalaman. air detox ni elok diminum waktu pagi sebelum anda anda mengambil apa-apa makanan atau bersarapan.

Selain bahan-bahan di atas, anda juga boleh buat air detox ni dengan semua jenis buah-buah citur yang lain..
contohnya seperti:

STRAWBERRY + kIWI
LEMON + HALIA
LIMAU KASTURI + TIMUN + DAUN PUDINA

LIMAU NIPIS + STRAWBERRY + DAUN PUDINA


blanje sekeping lagi gambo... ;)

SELAMAT MENCUBA SEMUA..

Salam Sayang <3



Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment