Ayu Sayuti : PCOS Punca Wanita Susah Hamil Ayu Sayuti : PCOS Punca Wanita Susah Hamil

Thursday, July 27, 2017

PCOS Punca Wanita Susah Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Pernah dengar satu istilah yang dipanggil PCOS di kalangan wanita?

PCOS adalah singkatan bagi 'Polycystic Ovarian Syndrome' atau dikenali sebagai 'Stein-Levanthal Syndrome' 

Dianggarkan 5 hingga 10% wanita yang berada dalam lingkungan unur reproduktif mangalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan di mana terdapat hormon lelaki yang berlebihan dan insulin di dalam tubuh penghidap PCOS.

Ia disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur yang disebabkan oleh tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, metabolisme gula dan kolestrol yang terganggu.

Apakah gejala-gejala PCOS?


  • Kitaran haid yang tidak teratur, jika haid datang, kerap kali menjadi banyak dan berpanjangan
  • Kegemukan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolestrol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki
Bagaimana PCOS dikenalpasti/didiagnosis?

Doktor akan mengesahkan pesakit menghidap PCOS apabila dua daripada kriteria di bawah dipenuhi iaitu:

  • Kitaran haid tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon tidak seimbang sperti lebihan hormon lelaki dan/atau ujian klinikal menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Ujian scan/imbasan pelvis menunjukkan 'polycystic ovary' 
Apakah 'polycystic ovary'?

'Polycystic ovari' dikenalpasti melaui ujian can/imbasan pada pelvis pesakit dan didapati terdapat 'cyst' kecil-kecil pada bahagian ovari pesakit. Selalunya akan terdapat 12 cyst atau lebih. Setiap satu cyst dianggarkan berukuran di antara 2 - 8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil 'string of pearls'. Cyst yang kecil ini dikatakan TIDAK akan membesar hingga menyebabkan pembedahan. sebanyak 20% di kalangan wanita yang normal apabila dilakukan ujian imbasan pelvis menunjukkan terdapat 'polycystic ovary'. Hanya sebanyak 6-7% wanita sahaja di kalangan mereka yang menghidap PCOS.

Mengapakah pesakit PCOS sukar hamil?

ini disebabkan oleh masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Oleh kerana pesakit PCOS mengalami masalah hormon tidak seimbang, ia mengganggu proses kematangan dan perkembangan telur di kilang ovari. Hal ini menyebabkan ovulasi sukar berlaku dan kitaran haid terganggu. Disebabkan ovulasi sukar terjadi, peluang untuk hamil juga menjadi rendah.

Apakah risiko kesan jangka panjang untuk pesakit PCOS? 

  • 10-20% pesakit PCOS berisiko tinggi menghidap kencing manis, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis
  • Masalah kolestrol tinggi
  • Masalah tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Barah rahim terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur
  • Masalah tidur
  • Kemurungan
Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah pesakit PCOS? 

  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan amalkan gaya hidup sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat antara 5-10% sahaja daripada berat asal untuk menampakkan kesan positif dan penyakit PCOS semakin dapat diatasi
  • Ambil ubat atau supplement untuk membetulkan kitaran haid 
  • Ubat kencing manis contohnya, metformin bagi pesakit yang mempunyai masalah hormon insulin yang tingg, berat badan berlebihan dan menghidap kencing manis
  • Ubat fertiliti untuk merangsang kesuburan atau ovulasi
  • Pembedahan 'ovarian-drilling'
Walaubagaimanapun, PCOS juga dapat diatasi secara semula jadi dengan menjaga pemakanan dan mengambil makanan atau diet yang seimbang serta sihat.

Supplement dan "Superfood" untuk PCOS 

Antara makanan yang dianggap sebagai 'superfood' yang memberi banyak manfaat terutamanya kepada penghidap PCOS adalah seperti berikut:

Avocado 


Walaupun avocado dikatakan mempunyai tahap lemak yang tinggi, tetapi lemak yang terkandung dalam buah avocado adalah lemak baik dan mampu menjadi anti-keradangan secara semulajadi. Sifat anti-keradangan yang terdapat dalam avocado sangat sesuai untuk pesakit PCOS yang menghadapi masalah keradangan.

Satu kajian telah membuktikan masalah keadangan ini akan menyebabkan dan merangsang masalah 'ovary polycystic' dengan menghasilkan androgen. Masalah keradangan yang dihadapi pesakit PCOS meningkatkan hormon insulin dan ia menjadikan pesakit PCOS menjadi semakin kritikal. Antara kelebihan avocado yang lain adalah ia mampu menyerap nutriens yang berasaskan minyak atau lemak dan nutriens karotanoid khususnya. 

Kekacang


Kekacang mempunyai indeks glisemik yang rendah di mana ia ditukarkan kepada tenaga/gula dan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan kita. Keadaan ini menyebabkan kekacang adalah pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang menghidapkencing manis dan pesakit PCOS yang mengalami maslah dengan hormon insulin.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 31 wanita penghidap PCOS. Kumpulan wanita berkenaan dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan diberikan kacang walnuts dan 1 kumpulan lagi diberikan kacang badam. Mereka diarahkan untuk mengambil kekacang ini secara konsisten setiap hari selama 6 minggu berturut-turut. Keputusan yang diperolehi sangat mengujakan!

Para pengkaji tersebut telah mendapati waita yang mengambil kacang walnuts setiap hari secara konsisten "sex hormone-binding globulin" (SHBG) mereka meningkat. Ini adalah penting kerana  SHBG berperanan menjadi pengikat bagi hormon testosterone dan menurunkan kadar hormon testosterone yang berlebihan. hal ini secara tidak langsung mengurangkan secara secara total simptom-simptom yang dialami oleh pesakit PCOS.

Manakala bagi kumpulan wanita yang mengambil kacang badam secara konsisten setiap hari, para pengkaji mendapati ia memberi keseimbangan kepada hormon androgen dan testosterone dalam badan mereka.

Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis bukan sahaja sangat penting digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan, tetapi ia juga sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. satu kajian telah membuktikan kulit kayu manis mampu menurunkan paras glukos dalam darah pesakit kencing manis type 2.

Kulit kayu manis menstabilkan hormon insulin dalam badan penghidap kencing manis. Insulin sangat penting bagi ovari untuk menghasilkan hormon testosterone. Jadi, pengambilan kulit kayu manis juga mampu mengawal paras hormon testosterone.

Satu kajian juga telah dijalankan keatas 45 orang wanita penghidap PCOS. Wanita ini diarahkan untuk mengambil kulit kayu manis secara konsisten setiap hari sebanyak 2 kali. Dan didapati mereka boleh hamil secara semulajadi selepas beberapa ketika.

Sebanyak manakah para penghidap PCOS boleh mengambil kulit kayu manis setiap hari?

Secara purata mereka boleh mengambil sebanyak 3g kulit kayu manis setiap hari secara konsisten.

Cuka Epal


Tiada kajian khusus telah dilakukan ke atas cuka epal terhadap penghidap PCOS tetapi kebolehan cuka epal mengawal insulin dalam badan adalah diakui. Cuka epal juga mampu mengawal paras gula dalam darah dan cuka epal juga boleh mengawal 'carb cravings'.

Ikan Salmon


Ikan salmon merupakan sejenis ikan yang tinggi dengan vitamin D dan Omega-3. Setiap 4oz ikan salmon membekalkan 127% vitamin D yang diperlukan oleh badan manusia.

Kekurangan vitamin D dalam badan akan mengakibat:
  • Masalah hormon insulin
  • Kitaran haid tidak stabil
  • Mengurangkan peluang untuk hamil secara semulajadi
  • Masalah obesiti
  • Penyakit kardiovaskula 
Ikan salmon juga tinggi dengan Omega-3. Omega-3 penting bagi tubih kita sebagai penstabil kepada hormon testosterone di dalam badan terutamanya pesakit PCOS.

Supplement Shaklee untuk PCOS

Shaklee juga ada menyediakan beberapa supplements untuk pesakit PCOS. Antaranya:




Omega-3 penting dalam tubuh kita sebagai penstabil kepada hormon testosterone di dalam badan pesakit PCOS


Mempunyai kandungan kalsium dan magnasium sekaligus


Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi


Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6 dan tambahan Asid Folik

Tinggi dengan resveratrol - membantu memperbaharui sel dalam badan.

Bagaimana Vivix Boleh Membantu Pesakit PCOS?

Sedikit info tentang total testosterone, ianya adalah tinggi di dalam tubuh wanita yang menghidapi PCOS. Note that even a slightly increase of testosterone in woman body can suppress normal menstruation and ovulation, hence affecting fertility.

Maksudnya di sini, peningkatan walau sedikit sahaja hormon testosterone dalam badan seorang wanita akan menyebabkan wanita itu kurang subur dan wanita tersebut akan mendapat ciri-ciri elaki seperti rambut berlebihan di wajah atau dada.

Satu kajian telah dibuat di mana seramai 30 orang wanita dengan PCOS diberikan resveratrol dan placebo selama 3 bulan.

Prior to the study, serum total testosterone and DHEAS (another hormon that can be converted to testosterone) dan juga OGTT telah diambil untuk melihat risiko penyakit diabetes pada wanita PCOS. Ini kerana kurangnya sensitiviti badan pada insulin dalam kes PCOS.

Selepas 3 bulan, ujian darah dan OGTT yang sama diambil.

In women who taking resveratrol:
  • PENGURANGAN 23.1% pada total serum testosterone
  • PENGURANGAN 22.2% pada DHEAS
  • PENGURANGAN 31.8% pada faasting blood glucose
Pada placebo pula menunjukkan peningkatan pada testosterone dan DHEAS, 2.9% dan 10.5% respectively.
*placebo ni kiranya macam kita tak ambil apa supplement

Oleh itu, mereka simpulkan yang RESVERATROL BERJAYA MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN dan MENGURANGKAN RISIKO DIABETES.

 Soy Isoflavens dan mempunyai indeks glisemik yang rendah sesuai dengan penghidap PCOS dan kencing manis.
Penting untuk menstabilkan kitaran haid serta hormon dalam badan.



Hubungi Ayu terus untuk order dan pertanyaan lanjut.
Your health & Beauty Consultant
019-2112805




Comments
1 Comments

1 comment:

dailyupdate said...

This content is really great. Thanks for sharing..
ওভারি সিস্ট

Post a Comment